Makeup​ and Travel


Siapa kat sini masa travel pun tak boleh lepas dengan mekap?! Jadi beg anda semestinya lagi banyak, besar dan berat berbanding dengan rakan travel anda yang lain. Kadang kala terasa juga seperti anda menyusahkan dan membebankan diri sendiri. Apa yang perlu anda dapatkan ialah tips, produk atau barang yang boleh meminimakan barangan yang ingin dibawa. Jadilah pengembara yang bijak.


Travel Beauty Tips

Makeup for travel is the trickiest thing to get right when you’re traveling. Anda memerlukan produk yang multi-functional yang tidak akan mudah pecah, mencairkan, atau hancur ketika anda melakukan pengembaraan, yang boleh di simpan kecil untuk dibawa mudah dengan anda and paling penting it won’t slide off your face while you have amazing adventures. It’s a lot to ask, right? Nasib baik, saya menemui beberapa produk makeup yang sesuai untuk para wanita yang suka travel and backpacking.

Elakkan membawa alat makeup dalam bentuk yang serbuk(powdery). Ia mungkin sangat mudah untuk pecah. Bercakap atas pengalaman sendiri, pada minggu pertama saya mengembara, bronzer dan eyeshadow saya pecah di dalam beg makeup saya. Akan tetapi Eyeshadow cream dalam keadaan yang sangat baik. So jika anda ingin travel, kalau boleh pastikan anda membawa produk yang non-powdery. Selain daripada itu produk makeup berasakan cream sangat mudah untuk disolekkan. Contoh Eyeshadow cream stick dari Laura Mercier

Elakkan membawa produk yang boleh senang hancur disebabkan oleh perubahan haba atau tekanan. Ia mungkin akan senang meletup semasa dalam penerbangan. Selain itu juga elakkan membawa produk yang senang terjejas akibat daripada tekanan sejuk atau panas. Jika anda ingin juga membawa produk tersebut, adalah disarankan lebih baik untuk re-package semula ke dalam bekas yang lebih berdaya tahan.

Tukarkan kepada botol jenis travel packKrim pelembab muka, losyen tangan badan, syampu, perapi dan banyak lagi tukarkan kepada botol kecil sesuai untuk travel pack. Isikan kuantiti mengikut penggunaan dan berapa lama percutian anda. 

Minyak Wangi? Memang leceh untuk membawa botol minyak wangi yang biasanya dari jenis kaca, takkan nak tukar pula kepada botol jenis travel? Tak masuk akal! Jadi bijak dengan mencari losyen yang sama kuat baunya seperti memakai minyak wangi. Bawa sahaja losyen yang didatangi bersama dengan minyak wangi anda, apply bila perlu sahaja. Tapi ada juga produk perfume dalam bentuk botol plastic macam Victoria Secret. Opps! Tapi ingat bawa yang travel size ya.

Cukup bawa dua batang lipstik dan pelembab bibir. Jangan pula sampai bawa lebih dari 5 rona lipstik cukup dengan membawa dua yang dari warna lembut dan terang. Supaya ianya sesuai untuk aktiviti siang dan malam. Paling penting gunakan pelembab bibir atau lip balm setiap kali sebelum lipstik untuk elak dari kekeringan. Dan jangan lupa untuk bawa compact mirror jika hostel tempat tinggal kamu tidak disediakan.

Mutli-tasking makeup. Selalunya travel makeup perlu dilakukan lebih daripada biasa. Contohnya apabila kita mengunakan BB/CC cream untuk dijadikan sebagai pelembap / pelindung matahari / bedak asas. Gunakan alat makeup anda secara kreatif untuk mempermudahkan perjalanan pengembaraan anda. My favorite CC cream is from IT cosmetics oil-free Matte CC cream SPF 40.

Selain daripada itu juga alat makeup yang lain juga boleh digunakan secara kreatif. Contohnya :

– Gunakan eyebrows pencil sebagai eyeliner

– Gunakan bronzer sebagai eyeshadow

Gunakan lipstick sebagai Blusher

Nanti nak travel jangan lupa checklist ini ya! Selamat beramal

Love yourself

By Madeena The Traveller

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website at WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: