Perkara yang perlu anda tahu sebelum anda ke Budapest


Budapest, adalah ibu negara bagi Hungary dan seperti bandar-bandar besar Eropah yang lain, Budapest memiliki bangunan yang tersegam indah dan terdapat beberapa perkara yang unik tentang Budapest yang perlu diketahui oleh para pengunjung. Diantara perkara umum yang perlu diketahui oleh para pengunjung sebelum datang ke Budapest ialah:


Menyebut nama tempat yang akan dilawati. Sekiranya anda menyebut ‘Boo-da-PEST’, anda salah. Cara sebutan yang betul ialah ‘Boo-da-PESHT’.

Memang banyak cerita tentang scam dan penipuan yang kita dengar dari kalangan pengunjung yang pernah datang ke Budapest. Walaupun ada kebenarnya disitu namun Budapest adalah salah satu tempat yang selamat dan anda mungkin tidak akan diganggu walaupun anda berjalan di waktu malam. Budapest is just as safe, if not safer than most other European cities, jadi anda tidak perlu risau.

Sahkan tiket metro anda. Ini adalah salah satu tip yang biasanya ada di dalam buku panduan Budapest. Dan jika anda tidak mengesahkan pemeriksaan tiket, anda mungkin akan denda jika anda melakukan perjalanan dengan tiket yang tidak sah. Untuk mengesahkan tiket anda, masukkan ke salah satu mesin oren di pintu masuk stesen metro selama beberapa saat. Anda akan mendengar tanda pengesahan yang dicetak ke dalam tiket dan kemudian bunyi bip. Just simple as that. Kemudian tunjukkan kepada ticket controller sebelum turun ke escalator. Dalam tram, ada mesin dekat palang pemegang dan dalam bas, mesin ada dekat sebelah driver bas.

Ia lebih murah jika anda membeli tiket bas atau tram sebelum anda menaiki pengangkutan awam tersebut. Gunakan mesin tiket layan diri di stesen yang berhampiran dengan anda. Ia lebih murah daripada anda membeli terus dari pemandu bas. Cuma bas sahaja menjual tiket, pada kadar harga yang lebih tinggi dari mesin. Untuk lebih senang adalah lebih baik anda membeli Travel card. Travel card ada pelbagai jenis untuk 24jam, 72jam, dan juga untuk 7 hari.

Mata wang di Hungary adalah Forint (dipendekkan ke HUF). Kebanyakan kedai di Budapest menyenarikan harga dalam Euro (EUR). Jangan terpedaya! Kadar penukaran selalunya tersilap dan anda mungkin akan membayar lebih daripada apa yang anda perlukan. Sekiranya anda diberi pilihan, sentiasa meminta untuk membayar dalam Forints (HUF).

Hampir semua warga Budapest boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik bahkan lebih lancar. Setiap tanda-tanda di jalanan dan di kedai biasanya mempunyai dua Bahasa iaitu Hungary dan English. Begitu juga dengan setiap restoran yang dikunjungi mempunyai menu dalam bahasa Inggeris. Apapun adalah lebih baik jika anda dapat mempelajari sedikit Bahasa Hungary. Atleast the basic language.

English Hungarian Pronunciation
Hello Szervusz ser-vus
Goodbye Viszontlátásra vi-sawnt-laa-taash-ro
Thank you Köszönöm keu-seu-neum
Please Kérem kay-rem
Yes/No Igen/Nem i-gen/nem
Excuse me Elnézést el-nay-zaysht
Sorry Sajnálom shoy-naa-lawm
Do you speak English? Beszélsz angolul? be-sayl on-gaw-lul

Penginapan di Budapest sangat murah daripada di ibu negara Eropah yang lain. So have a good look around for deals.

Tidak seperti kebanyakan negara Eropah yang lain, Hungary mempunyai budaya memberikan “tip” secara berleluasa. Secara umumnya, jika anda mengunakan sesuatu perkhimatakan anda disarankan untuk memberikan sedikit tipping. Jika anda berada di sebuah kafe atau restoran, meninggalkan tip di atas meja dianggap tidak sopan, jadi adalah lebih baik serahkan kepada kakitangan perkhimatan secara langsung.

Terdapat cerita tentang bagaimana pelancong ditipu oleh pemandu teksi di Budapest. Jadi untuk mengelak daripada penipuan yang dilakukan oleh pemandu teksi, sila guna aplikasi apps e-haling di telephone anda. Jangan sekali-kali menahan teksi dari sisi jalan.Apabila anda berada didalam teksi pastikan pemandu tersebut menghidupkan meter teksi. Jangan malu untuk meminta pamandu teksi itu untuk menghidupkan meter teksi.

Itu adalah sebahagian daripada perkara yang perlu anda tahu sebelum ada mengembara ke Budapest. Selamat beramal.

Eat, Pray and Travel

Be different Be you

Madeena The Traveller

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started